TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN WEB RASMI SMKA TUN PERAK
:: MAKLUMAN SEMASA
Assalamualaikum.

SMKA Tun Perak,
Jasin,Melaka.

Ini Merupakan Portal Rasmi SMKA Tun Perak, Semoga Ia Berguna Untuk Seluruh Warga Sekolah, .
Sekian, Terima kasih.

(Sumber : Unit Pembestarian dan Pembudayaan ICT.)
 
INFO Unit ICT 20.06.15 8.30am

Thursday, 18 June 2015

Profil Sekolah

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
  • 10 Januari 1965 ditubuhkan dengan nama Sekolah Menengah Rendah XIX, Jasin. Pada asalnya menumpang di Sekolah Kebangsaan Jasin di sebelah petang. Bermula dengan 245 murid yang terdiri daripada 5 aliran untuk Tingkatan 1, 1 aliran untuk Tingkatan 2 dan 1 aliran untuk Tingkatan 3
  • Tahun 1966, berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin di tapak sekarang. Digerakkan oleh 14 orang kakitangan akademik dan beberapa orang kakitangan sokongan.
  • 1 Oktober 1967, SMR XIX telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari (Menteri Pelajaran) dan dengan nama Sekolah Tun Perak, Jasin.
  • Sebuah asrama telah diwujudkan di bawah pentadbiran SM Tun Perak yang dikenali dengan nama Asrama Putera Jasin bagi memberikan kemudahan kepada murid- murid sekolah menengah di sekitar Daerah Jasin Darat iaitu SM Iskandar Shah,SM Datuk Bendahara, SM Jasin dan SM Tun perak sendiri.
  • 1970, STP mula menyediakan kelas peralihan daripada SRJKC dan SRJKT. Pada awalnya, STP hanya menyediakan calon- calon SRP sahaja dan calon- calon yang lulus akan menyambungkan persekolahan ke Tingkatan 4 di SMK Iskandar Shah
  • 1977, kelas Tingkatan 4 sastera dimulakan di STP dengan jumlah pelajar seramai 222 orang dan menduduki SPM pertama pada tahun 1978. Aliran Sains mula ditawarkan pada tahun 1984 dan clon jurusan Sains yang pertama mengambil peperiksaan SPM ialah pada tahun 1985 iaitu seramai 32 orang
  • 1980, sebuah surau telah dibina dan kini telah menjadi Pusat Islam dan Bahasa Arab (PUISBA)
  • 1986, asrama 3 tingkat dengan 200 katil dan sebuah dewan makan siap dibina.
  • 1990, Pengetua SMK Tun Perak iaitu Hj Othman bin Hj Hassan telah bersetuju membuka sebuah Kelas Aliran Agama (KAA) dengan pengambilan pelajar lelaki sahaja. KAA diteruskan drai Tingkatan 1 hingga 3 sahaja.
  • 1998, SM Tun Perak telah membuka 2 Kelas Aliran Agama Tingkatan 1 dengan bilangan murid seramai 57 orang. Tahun itu juga, tingkatan 4 KAAtelah diwujudkan. Pencapaian PMR pada tahun 2000 telah mencapai 100% dengan 2 pelajarnya mendapat keputusan 9A.
  • 2001, sebuah surau baru dibina bagi menampung bilangan murid yang bertambah hasil sumbangan orang ramai dengan nama Surau Al-Badr.
  • 2002, SMK Tun Perak telah menjadi Kelas Aliran Agama (KAA) sepenuhnya dengan pengambilan semua pelajar Melayu Islam dengan syarat kelayakan masuk ke Tingkatan 1 adalah UPSR 2A-5A dan pada tahun yang sama juga telah mencapai keputusan 100% lulus dalam peperiksaan PMR san SPM.

  • 2010, SMK Tun Perak telah dijadikan penanda aras oleh 40 orang jurulatih dan pensyarah Afghanistan yang berkursus di Institut Pendidikan Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur. SMK Tun Perak telah berjaya mempamerkan budaya cemerlang sekolah dan negeri Melaka sekaligus memperkenalkan sosio-budaya Malaysia di persada antarabangsa.
  • Januari 2012, SMK Tun Perak dijadikan penanda aras SMP IT Nurul Muhajirin, Batam, Indonesia.
  • 8 Mac 2012, SMK Tun Perak telah ditukarkan status kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
  • 8 Mei 2012, Majlis perisytiharan SMKA Tun Perak telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Tn Hj Abdullah bin Md Din.
  • 2013, Sime Darby menyerahkan tanah kepada pihak SMKA Tun Perak.
2015, SMKA Tun Perak bakal menyambut Perayaan Jubli Emas 50 tahun penubuhannya.