MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
- 10 Januari 1965
ditubuhkan dengan nama Sekolah Menengah Rendah XIX, Jasin. Pada asalnya
menumpang di Sekolah Kebangsaan Jasin di sebelah petang. Bermula dengan
245 murid yang terdiri daripada 5 aliran untuk Tingkatan 1, 1 aliran untuk
Tingkatan 2 dan 1 aliran untuk Tingkatan 3
- Tahun 1966, berpindah
ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin di tapak sekarang. Digerakkan oleh 14
orang kakitangan akademik dan beberapa orang kakitangan sokongan.
- 1 Oktober 1967, SMR
XIX telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir
Johari (Menteri Pelajaran) dan dengan nama Sekolah Tun Perak, Jasin.
- Sebuah asrama telah
diwujudkan di bawah pentadbiran SM Tun Perak yang dikenali dengan nama
Asrama Putera Jasin bagi memberikan kemudahan kepada murid- murid sekolah
menengah di sekitar Daerah Jasin Darat iaitu SM Iskandar Shah,SM Datuk
Bendahara, SM Jasin dan SM Tun perak sendiri.
- 1970, STP mula
menyediakan kelas peralihan daripada SRJKC dan SRJKT. Pada awalnya, STP
hanya menyediakan calon- calon SRP sahaja dan calon- calon yang lulus akan
menyambungkan persekolahan ke Tingkatan 4 di SMK Iskandar Shah
- 1977, kelas Tingkatan
4 sastera dimulakan di STP dengan jumlah pelajar seramai 222 orang dan
menduduki SPM pertama pada tahun 1978. Aliran Sains mula ditawarkan pada
tahun 1984 dan clon jurusan Sains yang pertama mengambil peperiksaan SPM
ialah pada tahun 1985 iaitu seramai 32 orang
- 1980, sebuah surau
telah dibina dan kini telah menjadi Pusat Islam dan Bahasa Arab (PUISBA)
- 1986, asrama 3 tingkat
dengan 200 katil dan sebuah dewan makan siap dibina.
- 1990, Pengetua SMK Tun
Perak iaitu Hj Othman bin Hj Hassan telah bersetuju membuka sebuah Kelas
Aliran Agama (KAA) dengan pengambilan pelajar lelaki sahaja. KAA
diteruskan drai Tingkatan 1 hingga 3 sahaja.
- 1998, SM Tun Perak
telah membuka 2 Kelas Aliran Agama Tingkatan 1 dengan bilangan murid
seramai 57 orang. Tahun itu juga, tingkatan 4 KAAtelah diwujudkan.
Pencapaian PMR pada tahun 2000 telah mencapai 100% dengan 2 pelajarnya
mendapat keputusan 9A.
- 2001, sebuah surau
baru dibina bagi menampung bilangan murid yang bertambah hasil sumbangan
orang ramai dengan nama Surau Al-Badr.
- 2002, SMK Tun Perak
telah menjadi Kelas Aliran Agama (KAA) sepenuhnya dengan pengambilan semua
pelajar Melayu Islam dengan syarat kelayakan masuk ke Tingkatan 1 adalah
UPSR 2A-5A dan pada tahun yang sama juga telah mencapai keputusan 100%
lulus dalam peperiksaan PMR san SPM.
- 2010, SMK Tun Perak
telah dijadikan penanda aras oleh 40 orang jurulatih dan pensyarah
Afghanistan yang berkursus di Institut Pendidikan Bahasa Antarabangsa,
Kuala Lumpur. SMK Tun Perak telah berjaya mempamerkan budaya cemerlang
sekolah dan negeri Melaka sekaligus memperkenalkan sosio-budaya Malaysia
di persada antarabangsa.
- Januari 2012, SMK Tun
Perak dijadikan penanda aras SMP IT Nurul Muhajirin, Batam, Indonesia.
- 8 Mac 2012, SMK Tun
Perak telah ditukarkan status kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA).
- 8 Mei 2012, Majlis
perisytiharan SMKA Tun Perak telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian
Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Tn Hj Abdullah bin
Md Din.
- 2013, Sime Darby
menyerahkan tanah kepada pihak SMKA Tun Perak.
ATIN NOLA | TITanium Art | TITanium Art | TITanium Art
ReplyDeleteATIN NOLA is titanium 170 welder the ecosport titanium world's first premium, high-quality, 1xbet unique digital art installation. Discover ATIN thaitanium NOLA and discover a world of breathtaking art cerakote titanium at its